Followers

Rabu, 8 Disember 2010

Benarkah Blog Pakatan Rakyat Semakin Lesu?

Setelah pihak kami melakukan audit berkaitan ranking blog-blog politik di Malaysia dengan berpandukan Alexa, ternyata blog-blog pro BN telah mengatasi blog-blog pro Pakatan Rakyat. Ini adalah kali pertama blog pro Pakatan Rakyat telah jatuh merundum dalam sejarah alam siber.

Kerana sebelum ini blog pro Pakatan Rakyat sentiasa menominasi setiap carta yang  dikeluarkan. Tidak dapat dinafikan banyak blog-blog pro Pakatan Rakyat yang cukup terkenal sebelum ini telah jauh ditinggalkan oleh blog pro BN.

Walau pun ranking yang pihak kami lakukan masih banyak kekurangan, pihak kami akan cuba mengatasi dengan menyusun semula kedudukan blog. Pihak kami akan melakukan semakan semula dengan mengasingkan blog politik, blog pemimpin, blog bicara agama, blog perniagaan dan blog umum didalam ketegori yang berlainan.

Pihak kami ingin meminta kerja sama semua pihak agar menghantar alamat blog anda sekiranya blog anda tiada didalam senaraian TOP RANKING ONLINE. Segala kerjasama anda semua amat-amat kami hargai. Sekiranya ada cadangan dari anda semua, amat-amat kami hargai. Jika anda tiada masa untuk menghantar komen-komen anda, cukuplah sekadar menjadi rakan TOP RANKING ONLINE.

Harap maaf jika ada perkara-perkara yang tidak memuaskan sesetengah pihak berkenaan ranking tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service