Followers

Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Februari 2011

Biro Guaman Untuk Mesra BN Dan Mesra PR.

Cadangan daripada TRO agar satu biro guaman diwujudkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam membela nasib para blogger yang menyokong kedua-dua blok politik di Malaysia.

Sememangnya biro guaman amat diperlu dikedua-dua blok politik tersebut kerana kebanyakkan blogger-blogger yang ada tidak dibayar upah untuk menulis sesuatu isu yang berbangkit. Kita tidak mengetahui bila pula kita akan diseret ke mahkamah oleh seseorang pemimpin politik.

Kita boleh ketawa pada blogger yang telah diambil tindakan atau pun disaman tetapi kita tidak mengetahui apa pula yang berlaku kepada kita pada masa akan datang. TRO tanpa memihak kepada mana-mana pihak amat bersimpati tehadap mana-mana blogger baik daripada BN mahu pun PR.

Peranan blogger tidak dapat disangkal oleh mana-mana pemimpin politik, blogger memainkan peranan yang besar kepada blok politik masing-masing. Tetapi apa pula peranan parti terhadap blogger, adakah mereka akan membiarkan blogger dikenakan tindak tanpa menghulurkan apa bantuan.

Jangan sampai dituduh 'bila peranan blogger diperlukan, sampai kerumah datangnya tetapi bila tidak diperlukan, mereka dibuang seperti sampah'. Renung..... renungkanlah.

Tanpa prasangka
TRO

Selasa, 15 Februari 2011

Menghayati Maulidur Rasul 1432 H.

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul dengan berbagai cara tanpa mengira ideologi seseorang. Adakah kita menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. kerana kasih kita terhadap baginda s.a.w. atau sekadar mengikut syarat sahaja!!! 

Sedalam manakah kasih kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w., Rasul akhir zaman yang membawa petunjuk kepada umat manusia sebagaimana kasih baginda terhadap umatnya hinggakan semasa roh baginda dicabut oleh Malaikat Maut pun baginda masih menyebut 'Umati... Umati... Umati'.

Sehinggakan Rasulullah s.a.w. memohon agar segala kesakitan apabila Roh dicabutkan oleh Malaikat Maut kepada umatnya dibebankan keatas Baginda s.a.w. Renunglah kita wahai umat Muhammad s.a.w., betapa kasihnya baginda s.a.w. terhadap kita.

Didalam Hadith Qursi, Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini kerana kasihKU kepada Nur Muhammad". Siapalah kita untuk menjadi umatnya jika kita sendiri meninggal dan melupai segala amanat-amanat baginda s.a.w.

Bacalah dalam sirah-sirah baginda, bagaimana perjuangan baginda s.a.w. dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Baginda s.a.w. dicela, dihina malah dituduh gila dan segala seksaan yang baginda s.a.w. terima dari kaumnya sendiri.

Lihatlah... 
Bacalah... 
Dengarlah... 

Bagaimana baginda s.a.w. di lontar dengan batu dan di laluan pula diletakkan duri-duri sehinggakan kerana terlalu penat dan sakit, baginda s.a.w. bersandar dipohon tamar. 

Lalu turun Malaikat Jibrail kerana kasihan melihat baginda s.a.w. diperlakukan sebegitu rupa oleh kaum musyrikin sehinggakan Malaikat Jibrail menawarkan untuk melengkupkan daerah tersebut jika baginda s.a.w. perintahkan. Di sini baginda s.a.w. menunjukkan sifat pemaaf dengan bersabda, " Jika ibubapa tidak mahu menerima Islam, mungkin anak-anak mereka akan menerimanya".

Jangan kita hanya gah membuat sambutan tetapi dalam masa yang sama kita langsung tidak memperdulikan akan Sunnah-Sunnah baginda s.a.w. Jangan kita seperti ada mata tetapi buta, ada lidah tetapi bisu, ada telinga tetapi pekak. 

Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati apa yang telah di tinggalkan oleh baginda s.a.w. iaitu al-Quran dan as-Sunnah agar kita tidak disesatkan atau pun tersesat.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service