Followers

Rabu, 22 Disember 2010

Selamat Menjadi Ahli Top Ranking Online.

Untuk pengetahuan semua, setiap alamat yang dihantar kepada Top Ranking Online oleh blogger akan terus diaudit untuk diletakkan didalam senarai Top Ranking Online. Anda boleh melihat kedudukan blog anda dibahagian bawah laman ini kerana pihak kami telah membahagikan akan kedudukan blog masing-masing.

Ianya cukup mudah untuk anda fahami ranking anda sendiri kerana ada Top Ranking Politik, Top Ranking Media, Top Ranking Umum dan Top Ranking Pemimpin Politik. Top Ranking Politik terbahagi kepada 6 bahagian. Susunan yang dilakukan seperti dibawah ini;
  1. Jika ranking Alexa Blog anda berada dibawah 1.5 juta, maka blog anda akan berada di Top Ranking Politik 1. ( Inilah blog wajib untuk diaudit untuk Top 100)
  2. Top Ranking Politik 2 pula adalah berpandukan ranking Alexa yang mana blog anda berada diantara 1,500,001 sehingga 2.5 juta. (Blog ini juga akan diaudit untuk Top 100)
  3. Blog diranking Alexa 2,500,001 sehingga 4.0 juta akan berada pada Top Ranking Politik 3.
  4. Top Ranking Politik 4 pula berada diranking Alexa diantara 4,000,001 sehingga 8.0 juta
  5. 8,000,001 sehingga 12.0 juta di Top Ranking Politik 5.
  6. Blog yang berada diranking Alexa 12,000,001 keatas akan berada dalam senarai Top Ranking Politik 6.
Di Top Ranking Online, kami tidak membezakan apa fahaman politik anda kerana pihak kami cukup berkecuali tanpa memihak. Walau dimana kedudukan blog anda, pihak kami akan memantaunya setiap hari kerana yang berada di Top Ranking Politik 3,4,5 dan 6 tidak semestinya kekal. Jika anda selalu Update Blog anda, pasti kedudukan blog anda akan berubah.

Pihak kami juga akan membantu anda agar blog anda mendapat hit yang tinggi dengan syarat anda mestilah updatekan blog anda setiap hari. Diharap kita dapat bekerjasama diantara pihak anda dan Top Ranking Online. Pihak kami telah membantu beberapa blog yang kami rahsiakan dengan menaikkan hit mereka dari 100 pelawat kepada 400 pelawat sehari.

Tidak dinafikan ada blog-blog yang pihak kami terlepas pandang kerana pihak kami mempunyai lebih daripada 500,000 untuk dipantau. Kerana itulah pihak kami mengalu-alukan para blogger agar dapat menghantar URL mereka ke Top Ranking Online........ Pihak kami memohon maaf jika berlaku kesulitan dipihak anda semua.

Webmaster 
TOP RANKING ONLINE.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service