Followers

Sabtu, 29 Januari 2011

Selamat Mengundi Buat Penduduk Dun Tenang Daripada Top Ranking Online.

Pihak Top Ranking Online ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengundi buat warga Dewan Undangan Negeri Tenang. Pastikan anda membuat pilihan yang bijak dalam memilih wakil untuk mewakili suara anda bagi kawasan DUN Tenang. Biarlah menyesal dahulu daripada menyesal dikemudian hari.

Pastikan wakil rakyat akan menjadi hamba rakyat dan jangan jadikan rakyat hamba kepada wakil rakyat. Tunjukkan kuasa anda di peti undi dengan memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili suara anda. Wakil rakyat yang baik adalah wakil rakyat yang bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Pastikan membuat semakkan yang betul dengan SPR tentang tempat dan saluran mana tempat anda membuang undi. Jangan serahkan I/C anda kepada mana-mana pihak kerana setiap undi itu penting kerana ia akan menentukan kemenangan seseorang calon. Jadualkan waktu untuk anda membuang undi supaya tidak berlaku kesesakkan di tempat mengundi.

Kalah atau menang sudah menjadi adat bertanding buat calon baik daripada Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat. Jika kalah, tidak semestinya anda tidak boleh berkhidmat dan jika menang jangan pula anda meninggalkan pengundi anda yang telah memberi undi kepada anda.

Pastikan setiap janji anda semasa berkempen ditunaikan kerana anda akan diadili semula pada pilihan raya yang akan datang jika anda meninggalkan pengundi anda.

SELAMAT MENGUNDI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service