Followers

Isnin, 7 Februari 2011

Fitnah Blog Sangkakala Terhadap Top Ranking Online.

Sekarang ramai bloggers terperangkap dengan sebuah blog cari makan Top ranking hingga ada blogger yang kering dihadapan komputer cuba mendapat masuk dalam top ranking. Ada yang kering kerana mempertahankan kedudukan masing-masing.

Top ranking tidak mengikut kerja kuat anda untuk berjaya. Top ranking hanyalah manipulasi pihak blogger itu sahaja. Hanya beberapa blog terpilih dijaga statusnya supaya kekal turun naik atau bertahan sebagai modal. Yang lain hanya berubah dan tetap berubah mengikut kehendaknya kerana top ranking juga mahu melibatkan banyak blog supaya blognya popular. (Baca Sini)

Komen TRO...

Salam... Terima kasih diatas komen saudara itu. Untuk makluman saudara, saya tidak pernah mendiskiminasi malah menjaga mana-mana blog pun kerana sebelum TRO dilancarkan, saya telah memperlawa mana-mana blog yang ingin bantuan untuk menaikkan kedudukan mereka, tetapi hanya dua blog sahaja yang menyahutnya iaitu blog Malaysia United dan Musafirlalu yang bertindak sebagai pengulas bagi mesra BN dan mesra PR.. Sedangkan blog saya sendiri pun saya membiarkannya mengikut urutan. Sekarang pun saya sedang mencari pengulas untuk ranking Pro BN, jika saudara berminat saya tiada masaalah.

Jika saudara mengatakan yang saya hanya mengambil kesempatan tanpa melakukan kerja keras, saudara silap. Saya mengambil masa hampir satu tahun untuk menjayakannya dan pada 2 bulan terakhir ini saya tidak cukup tidur bagi menjayakan laman ini. 

Saya tahu kerja seorang blogger kerana saya sendiri mempunyai 3 blog yang cukup lama berada dialam siber malah menjaga 3 blog lebih mudah daripada menjayakan sebuah laman yang melakukan ranking kerana setiap ranking yang dilakukan memakan masa 14 jam untuk disiapkan. 

Walau apa pun ideologi saya dalam politik ianya tidak terbawa kedalam Top Ranking Online yang bersifat berkecuali. Untuk menjayakan sebuah laman yang melakukan ranking ianya bukannya perkara mudah seperti menulis diblog-blog. Bagi saya yang sudah lama berblog, mengawal 3 blog adalah lebih baik daripada mengawal satu blog yang menyenaraikan kedudukan beribu-ribu blog.

Berkaitan dengan kutipan derma itu pula, saya tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menghulurkan derma. Apa yang saya lakukan ialah untuk menghidupkan laman TRO agar tidak berlaku seperti yang dialami oleh laman-laman yang terdahulu. Apakah tindakkan saya itu salah kerana tidak memaksa orang menderma kerana setiap sen yang didermakan itu akan dikembalikan semula kepada blog-blog yang tidak berkemampuan.

Apa yang saya lakukan kerana sebelum ini ada beberapa blog yang telah melakukannya tetapi tidak menyeluruh atau bahasa mudahnya memihak kepada satu pihak sahaja. Semua blog yang meminta bantuan dan nasihat daripada saya, saya tidak pernah menolak malah jika saudara meminta bantuan pun saya pasti membantu. 

Jika ada blog yang tidak tersenarai walaupun ianya layak, mereka hanya perlu menghantar URL blog mereka sahaja kerana di Malaysia sahaja terdapat berjuta laman web yang bercampur-campur. Beliau membuat  tuduhan iaitu saya makan hasil dari blog-blog yang ada kepentingan dengan saya sedangkan saya belum pernah makan walau satu sen pun dari mana-mana blog. 

Di TRO, saya tidak mengenakan apa-apa bayaran pun untuk blog yang disenaraikan dan kenapa perlu keluar wang yang banyak dengan membeli packages yang disyorkan oleh beliau sedangkan di TRO semuanya percuma. Beliau tidak mahu disenaraikan di TRO, itu masaalah beliau kerana buat masa ini pun blog beliau berada ditangga ke 20,207,568 (worldranking) dan masih belum layak lagi untuk disenaraikan.

Tetapi jika ranking blognya sudah berada dikedudukan yang kukuh, TRO tetap akan menyenarainya walaupun beliau tidak mahu berada di TRO kerana kami tidak memilih bulu. Dari segi berblog saya telah nasihatkan agar blogger UPDATE blog-blog mereka sekurang-kurangnya 2 hari sekali , jika mereka dapat melakukan sehari sekali itu adalah lebih bagus. Saya tidak pernah menyuruh blogger-blogger mengadap komputer sampai berjam-jam.

Saya pun kurang faham kenapa beliau melemparkan fitnah terhadap TRO dan saya sebagai WebMasternya. Apa pun saya tidak pernah berdendam malah dengan artikel ini pun sudah cukup untuk membantu blog beliau meningkatkan nama Blog Sangkakala dan saya juga mengucapkan terima kasih diatas komen beliau itu.

Tanpa Prasangka Buruk.
WebMaster TRO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service