Followers

Selasa, 15 Februari 2011

Menghayati Maulidur Rasul 1432 H.

Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul dengan berbagai cara tanpa mengira ideologi seseorang. Adakah kita menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. kerana kasih kita terhadap baginda s.a.w. atau sekadar mengikut syarat sahaja!!! 

Sedalam manakah kasih kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w., Rasul akhir zaman yang membawa petunjuk kepada umat manusia sebagaimana kasih baginda terhadap umatnya hinggakan semasa roh baginda dicabut oleh Malaikat Maut pun baginda masih menyebut 'Umati... Umati... Umati'.

Sehinggakan Rasulullah s.a.w. memohon agar segala kesakitan apabila Roh dicabutkan oleh Malaikat Maut kepada umatnya dibebankan keatas Baginda s.a.w. Renunglah kita wahai umat Muhammad s.a.w., betapa kasihnya baginda s.a.w. terhadap kita.

Didalam Hadith Qursi, Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini kerana kasihKU kepada Nur Muhammad". Siapalah kita untuk menjadi umatnya jika kita sendiri meninggal dan melupai segala amanat-amanat baginda s.a.w.

Bacalah dalam sirah-sirah baginda, bagaimana perjuangan baginda s.a.w. dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Baginda s.a.w. dicela, dihina malah dituduh gila dan segala seksaan yang baginda s.a.w. terima dari kaumnya sendiri.

Lihatlah... 
Bacalah... 
Dengarlah... 

Bagaimana baginda s.a.w. di lontar dengan batu dan di laluan pula diletakkan duri-duri sehinggakan kerana terlalu penat dan sakit, baginda s.a.w. bersandar dipohon tamar. 

Lalu turun Malaikat Jibrail kerana kasihan melihat baginda s.a.w. diperlakukan sebegitu rupa oleh kaum musyrikin sehinggakan Malaikat Jibrail menawarkan untuk melengkupkan daerah tersebut jika baginda s.a.w. perintahkan. Di sini baginda s.a.w. menunjukkan sifat pemaaf dengan bersabda, " Jika ibubapa tidak mahu menerima Islam, mungkin anak-anak mereka akan menerimanya".

Jangan kita hanya gah membuat sambutan tetapi dalam masa yang sama kita langsung tidak memperdulikan akan Sunnah-Sunnah baginda s.a.w. Jangan kita seperti ada mata tetapi buta, ada lidah tetapi bisu, ada telinga tetapi pekak. 

Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati apa yang telah di tinggalkan oleh baginda s.a.w. iaitu al-Quran dan as-Sunnah agar kita tidak disesatkan atau pun tersesat.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service