Followers

Jumaat, 18 Februari 2011

Ranking Akan Dikeluarkan Pada 19 Feb.

Untuk makluman para blogger, pihak TRO akan mengeluarkan ranking blog-blog anda pada 19 Feb disebabkan ada masaalah teknikal. 

Kelewatan ini tidak dapat dielakkan disebabkan ada url-url tertentu yang secara tidak sengaja memasuki laman TRO dalam keadaan blog mereka mempunyai virus. Kerana masaalah ini, banyak data-data yang disimpan berkenaan alamat url anda telah hilang.

Walau bagaimana pun, pihak TRO tidak menyalahkan mana-mana pihak diatas segala kesulitan yang dialami oleh TRO. Pihak TRO sentiasa bersangka baik terhadap para pengunjung yang melayari laman TRO. 

Disini pihak TRO ingin menyarankan agar para blogger melakukan scan anti virus pada blog masing-masing  yang mana pihak TRO telah sediakan dibawah laman ini.

Dalam pada itu, pihak TRO ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan bagaimana ranking blog anda diuruskan oleh Alexa. TRO mengambil contoh kenderaan sebagai objek.
  • 10 juta keatas: Anda diibaratkan memandu dijalan yang mempunyai 10 lorong. Dalam keadaan ini, anda boleh memotong sebanyak mungkin kenderaan yang ada.
  • 5juta keatas: Anda umpama memandu dijalan 7 lorong, masih lagi boleh potong memotong.
  • 3- 5 juta: Anda berada dijalan 5 lorong, dan anda mula bersaing diantara satu sama lain.
  • 1-3 juta: Anda berada dijalan 3 lorong, anda mula bersesak-sesak.
  • 800,000-1 juta: Anda berada dijalan yang mempunyai 2 lorong, keadaan mula berebut-rebut.
  • 800,000 kebawah: Anda berada dijalan 1 lorong, inilah waktu puncak yang akan memperlihatkan kemahiran anda dalam mengendalikan kenderaan anda. Ini adalah waktu yang amat genting buat anda semua.
Yang penting, anda dinasihatkan bekerjasama diantara satu sama lain dengan membuat pautan sebanyak mungkin bersama rakan-rakan anda. Anda boleh naik setinggi mana yang anda kehendaki tetapi persaingan tetap berlaku sesama anda.

Nasihat daripada TRO, lebih baik anda naik secara perlahan daripada naik secara mendadak kerana jika anda naik secara mendadak, anda juga boleh jatuh secara mendadak. Jika anda naik secara pelahan-lahan, anda susah untuk jatuh secara mendadak walaupun dua atau tiga hari anda tidak updatekan blog anda.

Ini sekadar Tip daripada TRO untuk anda dan selamat memcuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service