Followers

Rabu, 26 Januari 2011

Pilihlah Blogger Sebagai Calon Pilihan Raya.


Blogger sebagai calon pilihan raya, satu perkara yang patut pemimpin politik halusi. Ini kerana adakala blogger lebih kehadapan daripada YB sendiri dalam menangani isu-isu yang berbangkit. Blogger juga banyak pengetahuannya dalam politik Malaysia dan juga isu-isu setempat.

Peranan blogger mula membuka mata para pemimpin politik, malah media perdana sendiri pun mendapat berita bersumberkan dari blogger. Blogger pandai memainkan satu-satu isu dengan amat berkesan malah siap dengan kupasan lagi.

Peranan blogger sudah diiktiraf didunia sebagai penyebar berita-berita terkini cuma ada sesetengah pihak yang menolak ketepi akan peranan blogger. Malaysia sebagai Hub tertinggi dialam siber telah meletakkan blog/blogger dikedudukan ke 2 ranking dunia.

Blogger boleh memanaskan isu malah blogger juga boleh menyejukkan. Tetapi di Malaysia, adakah blogger benar-benar diktiraf atau pun digelar sebagai penyebuk kepada ahli-ahli politik. Atau pun pengiktirafan yang diberikan hanya seperti 'Melepas Batuk Di Tangga'?.

Bila sudah berjaya, peranan yang dimainkan oleh para blogger untuk memenangkan seseorang ahli politik ditolak tepi tapi apabila sudah tersempit maka para blogger juga yang dicari. Tidak dinafikan ada blogger yang dari segi adat mahu pun tulisan amat menjelekkan bila dilihat mahu pun dibaca.

Ada blogger yang mencari makan dengan bertuankan ahli politik, ada blogger yang hanya main-main sahaja, ada blogger yang menulis tanpa mendapat apa-apa pun tetapi peranan blogger telah berakar tunjang di bumi Malaysia.

Tidak mustahil pada masa akan datang ada media cetak terpaksa gulung tikar kerana orang lebih suka membaca blog daripada membaca akhbar kerana mereka dihidangkan dengan berita-berita terkini. Pada ketika itulah para pemimpin politik terpaksa terhengeh-hengeh datang berlutut meminta bantuan.

Kerana para blogger mempunyai hubungan yang istimewa sesama mereka walau pun mereka tidak pernah bertemu muka. Buat parti-parti politik, sebenarnya ramai blogger yang layak diletakkan sebagai calon tanpa mengira dari mesra Barisan Nasional Mahu pun mesra Pakatan Rakyat.

Apa yang pasti, kami Top Ranking Online sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak bertanggungjawab diatas semua ulasan yang diberikan. Pihak TRO akan menerima segala nasihat dan teguran dari anda semua. TRO tidak menapis segala komen anda,oleh itu janganlah menggunakan perkataan kesat atau lucah kerana komen anda dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Setiap ulasan daripada anda akan diberi kredit oleh TRO kepada blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Rank Blog

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service